Saturday, 5 May 2018
Hadiri Kursus Perkahwinan.
Sampai masanya seorang gadis akan berkahwin. Sebelum itu, saya perlu hadiri kursus kahwin dahulu. Ini antara salah satu syarat untuk berkahwin di Malaysia. Ada yuran yang perlu dibayar. Saya berkursus bersama si dia. Semuanya diuruskannya, saya cuma perlu hadir.
Ketika itu, kursus yang saya hadiri selama satu hari,satu malam. Ada ujian membaca bacaan solat. Ada ceramah mengenai undang-undang perkahwinan juga.
Apa yang akan saya pelajari di kursus kahwin ialah tentang tanggungjawab suami dan isteri. Fungsi utama dan ikatan perkahwinan itu sendiri. Cuma yang kurang selesa apabila penceramah lelaki mengupas tentang hubungan intim. Merah-merahlah muka kami, para gadis mendengarnya. Tertunduk malu. Rasanya lebih sopan bila topik ini dibincangkan, asingkan sahaja anak gadis dan anak teruna.
Secara keseluruhannya amatlah baik menghadirinya. Banyak ilmu dan maklumat yang dapat kita perolehi di sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment