Dengan berpakaian baju kurung dan bertemankan seorang adik, saya bertemu dengan keluarga si dia. Soalan pertama dari bakal mak mentua ialah habis sekolah agama darjah berapa. Dengan yakin masa itu saya jawab darjah empat. Ketika itu saya tidak terfikir, apakah yang tersembunyi di sebalik soalan yang mudah itu.
Rupa - rupanya jawapan yang saya berikan itu ada makna yang tersirat. Mentua cuma ingin tahu saya tahu atau tidak asas - asas agama. Dari jawapan itu mak tidak bertanya banyak, saya fikir ketika itu mak tidak berapa sukakan saya. Dengan wajah seriusnya, buat saya risau dan berdebar - debar adakah saya di terima atau tidak.
Semasa sesi berkenalan dan temuduga berlangsung, si dia tidak mengambil bahagian. Rupanya dia sengaja membiarkan saya menyesuaikan diri bersama keluarganya. Alhamdulillah, saya lulus. Apabila teringat kembali pengalaman bertemu dengan keluarga suami, saya tahu betapa pentingnya pengetahuan agama untuk bakal - bakal isteri di luar sana.
Paling penting dalam memilih pasangan adalah yang beragama. Astagfirullah. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment